Aneh barangkali melihat di longgokan kata-kata laungan berbahasa Inggeris, kali ini aku memilih untuk meninta dalam bahasa yang datang secara pakej dengan warna rambutku, warna kulitku, warna anak mataku, darahku dan lidahku, Bahasa Melayu.
Barangkali aku merasa terpanggil di kebangkitan era baru ini. Lantas terdetik rasa rindu serta membara menaruh harapan untuk melihat perubahan.
Sejujurnya, aku bukanlah pengikut setia kencah politik negara.
Sejujurnya, aku hampir tidak peduli siapa pegang negara.
Walaupun aku sering mengata, mencela, mencerca dajal mana yang suruh laksana hukum-hukum tak berguna, buat rakyat sengsara.
Sejujurnya, aku telan sahaja..
Sehingga aku disedarkan oleh kisah sekumpulan golongan petani merempuh pagar kediaman di Raja Perancis, mencetuskan Revolusi Perancis.
Sehingga aku disedarkan oleh perjuangan seorang lelaki bertopeng menentang kerajaan yang mengekang rakyat dalam cerita fantasi V for Vendetta.
Sehingga aku sendiri merasakan betapa susahnya hidup di negaraku sendiri walau di arena profesional, seorang profesional tidak mampu untuk hidup secara selesa, tanpa hutang.
Mungkin seberadanya aku di sini aku disedarkan bahawa kita produk sistem yang kurang berkesan. Perbualan bersama Sunder, seorang rakan Malaysia di sini, membuka mataku yang sudah celik ketika itu, kitalah produk itu.
Produk sistem yang tercipta sejak 50 tahun.
Produk seperti mana penciptanya mahukan.
Produk sistem pendidikan pincang, tak pernah tetap, sentiasa berubah dan fickle.
Produk sistem ekonomi kapitalis, tak menguntungkan rakyat, berat sebelah dan hanya memihak kepada golongan mereka sahaja.
Produk sistem cukai ala-ala Pra-Revolusi Perancis, duit rakyat untuk beli kemewahan mereka,
;bina rumah mega-mewah untuk mereka dan keluarga, untuk apa?
;bina bandar perhiasan ala galeri pameran kesenian, untuk apa?
;beli kapal selam yang tak mungkin digunakan, untuk apa?
;beli kapal terbang khas untuk mereka melancong, untuk apa?
;beli kereta Hummer, Rolls Royce, Lamborghini, Maserati dan Maybach, untuk apa?
;hantar seorang wakil pelancong ke angkasa, untuk apa?
Strategi perniagaan apakah ini? Mana pelabur asingnya? Mana perkembangan sains dan teknologinya? Kenapa masih ada rakyat yang makan siput babi untuk hidup?
Harapan untuk Sarawak ku,
O urang Sarawak, kitakorang jak belom sedar agik.
Jangan diharap kita akan maju, setanding seberang lom tentu, apa lagik luar negara,
Jangan fikir kita dah cukup maju untuk kita puas ati.
Kita gik jauh oi... sedar gik, sedar lah lagik..
Monday, 10 March 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment